Bab 2
Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar. Setelah Pengetua
berucap dan mengumumkan beberapa perkara semua pelajar mula bergerak dalam
barisan menuju ke kelas masing-masing. Bertindak sebagai Pengawas yang
bertugas, Nurul Amira berdiri ditepi koridor untuk memastikan pelajar berjalan
mengikut barisan dan bergerak dalam keadaan senyap. Macam polis trafik yang
menjaga lalu lintas lagaknya.
Setelah habis bertugas Nurul Amira bergegas menuju ke kelasnya.
Dia tidak mahu lewat masuk ke kelas. Sebaik memasuki kelas dia terus saja
melabuhkan punggungnya diatas kerusi kayu. Beg galas disandarkan ke belakang
kerusi dan mengeluarkan buku teks Matematik dan buku latihan serta peralatan
alat tulis.
Namun bila dia ingin menyimpan bekas bekal makanannya
jarinya tersentuh sesuatu didalam laci meja tulisnya. Ditunduk sedikit
kepalanya ke bawah untuk melihat apa yang ada dibawah laci. Dahinya berkerut
bila melihat ada sekeping kad. Diatas kad itu tertera namanya dan ucapan
ringkas.
Saya
suka awak.
J Eziwan aka Ez
“Apa gila ke mamat ni?.” Perlahan suara Nurul Amira
berkata.
“Siapa gila?.” Tiba-tiba Niza menyoal.
Pantas Nurul Amira sembunyikan kad Eziwan. Tak mahu Niza
tahu. Nanti kecoh satu kelas ni.
“Tak ada apalah.” Jawab Nurul Amira selamba.
Niza menjungkitkan bahunya dan kembali memandang hadapan
bila Cikgu Raja melangkah masuk kedalam kelas. Semua yang ada pantas bangun dan
memberikan ucap selamat. Sepanjang pembelajaran Nurul Amira tidak dapat menumpukan
perhatian pada apa yang diajar. Otaknya masih berpusat pada kad pemberian
Eziwan.
“Oii….kelas dah habislah. Kau dok termenung tu buat
apa?.” Niza menepuk bahu Nurul Amira yang masih kaku diatas kerusi.
“Ha?.” Nurul Amira baru kembali dalam dunia nyata.
Terpisat-pisat dia memandang wajah hairan Niza.
“Kau dah sampai bulan ke bintang, Mira?.”
“Bulan?. Bintang?.” Macam orang bodoh saja Nurul Amira
bertanya.
Niza menepuk dahinya.
“Kau ni kenapa?. Kelas dah habislah. Jomlah kita pergi
kantin. Perut aku ni main lagu keroncong dah ni.” Desak Niza sambil menarik
lengan baju kurung Nurul Amira.
“Kau pergi dululah. Aku nak kemas meja aku kejap.”
“Hummmm…..jangan lama sangat tau. Aku tunggu kau kat
hujung koridor. Tempat biasa.”
“Okey.” Jawab Nurul Amira ringkas. Dia mula mengemas
mejanya. Buku yang berselerak disusun dan diletakkan didalam beg semula.
“Mira ada dapat kad saya?.”
Nurul Amira sedikit bergerak kebelakang akibat terkejut.
Dia pantas menoleh. Kelihatan Eziwan sedang berdiri hampir dengannya.
“Sorry buat awak terkejut. Saya hanya nak tahu awak dah
baca kad saya?.” Eziwan mengulangi soalannya tadi.
“Awak ambil balik kad awak ni.” Nurul Amira menyerahkan
semula kad ucapan yang bergambar teddy bear memeluk hati kepada Eziwan. “Lain
kali jangan buat kerja gila ni lagi.” Sebaik menuturnya Nurul Amira terus
mengangkat kakinya meninggalkan Eziwan.
Eziwan senyum sinis. Direnung kad yang berada
ditangannya.
“Tak pe. First round you win.” Kata Eziwan pada dirinya
sendiri.
“Mira, apa Ez nak dengan kau tadi?.” Tanya Niza sebaik
Nurul Amira menghampirinya.
Nurul Amira mengerutkan keningnya. Malas sebenarnya dia
nak ceritakan pasal kad tadi pada Niza. Bukan boleh percaya mulut tempayan ni.
Nanti satu sekolah dicanangkannya. Masak aku karang. Getus Nurul Amira didalam
hati.
“Tak ada apa-apa lah.”
“Mana boleh tak ada apa-apa. Mesti ada apa-apa.
Cakaplah.” Renggek Niza macam budak kecil.
Nurul Amira mendengus geram.
“Dia suruh aku sampaikan salam rindu Ed pada kau!.” Suara
Nurul Amira sedikit tinggi.
“Hisss!. Kau ni.” Niza memukul lengan Nurul Amira.
“Sakitlah.” Nurul Amira menjegilkan matanya sambil
mengosok lengan yang kena pukul.
“Kau cakap lagi yang bukan-bukan. Tulah habuannya.” Ujar
Niza sambil bercekak pinggang. Hangin satu badan bila dengar nama Farid.
“Dah kau nak sangat tahu. Aku cakaplah. Bila aku tak nak
cakap, kau paksa. Bila aku dah cakap aku yang kena pukul. Merenglah kau ni Za.”
Ulas Nurul Amira yang sudah tersenyum sendiri. Tak akan aku ceritakan perkara
yang sebenarnya pada Niza. Tidak mungkin.
“Betul ke ni Mira?. Ed cakap macam tu?.” Niza yang mula
percaya bertanya untuk kepastian.
“Sukalah tu.” Perli Nurul Amira.
“Suka..Eh, tak!. Aku tak suka. Aku tak suka.”
Kelam-kelibut Niza menafikannya.
Nurul Amira sudah ketawa sekuat hatinya. Hampir siapa
yang berselisih akan menoleh memandang mereka berdua.
“Hisss…kau ni!. Nak gelak pun tengok-tengoklah dulu.”
Jeling Niza menahan malu.
Nurul Amira menutup mulutnya yang masih ketawa dengan
kedua belah tangan. Merah padam mukanya kerana menahan gelak.
“Sukanya dia gelakkan orang. Dahlah kau gelaklah
sorang-sorang. Aku pergi kantin lagi baik.” Niza yang mula merajuk mengorak
langkah menuju ke kantin sekolah.
“Oii…..tunggu aku!.” Jerit Nurul Amira yang cuba mengejar
Niza.
Nurul Amira meletakkan pinggan berisi kuih karipap
dihadapan Niza. Tanda minta maaf.
“Karipap aje?.”
“Eh….kau ni, banyak songeh pulak. Aku dah belanja ni pun
dah cukup bagus apa. Nak tak?.” Ugut Nurul Amira yang menarik pinggan yang
diletakkan didepan Niza.
“Dah belanja mana boleh ambil bali.” Niza menarik kembali
pinggan kuih karipap itu.
Nurul Amira senyum sambil mengelengkan kepalanya. Diteguk
air sirap yang tak berapa nak rasa sirapnya bagi menghilangkan kehausan
tekaknya.
“Za….kenapa kau berbulu aje dengan Ed tu?. Bukan ke kau
rapat dengan dia dulu.” Tanya Nurul Amira. Dipandang wajah gebu Niza. Dah lama
soalan itu ingin ditanya. Tapi baru hari ini terluah.
Niza mendengus. Baki kuih karipap yang berada ditangannya
diletakkan kembali diatas pinggan. Dia membalas pandangan mata Nurul Amira.
“Aku bencikan dia sebab dia pergunakan aku.”
Mulut Nurul Amira terlopong mendengarnya.
“Apa dia buat kat kau?.”
“Semuanya mula masa kita tunggu result PMR. Hari-hari dia
datang rumah aku. Tolong Ayah aku. Tolong Mak aku. Tapi sebenarnya ada semut
balik batu.”
“Ha!....semut balik batu?. Peribahasa mana yang kau pakai
ni Za?.” Tiba-tiba Nurul Amira mencelah. Rasanya inilah pertama kali mendengar
peribahasa seperti itu.
“Alah….ikut suka hati akulah. Aku upgradekan peribahasa
yang sedia ada.” Niza mempertahankan dirinya.
“Suka ati kau aje.”
“Kau nak dengar ke tak ni?.” Niza membulatkan matanya.
“Nak….nak. Teruskan.”
“Aku cerita sampai mana tadi ek?.” Niza soal Nurul Amira
kembali. Hujung jarinya diketuk-ketuk pipinya.
“Kau cakap tadi Ed tolong Ayah dan Mak kau. Lepas tu?.”
“Oooo….iyalah. Dia tolong orang tua aku. Boleh dikatakan
tiap hari dia datang. aku ingat dia datang nak pikat aku. Tapi…..rupa-rupanya
dia nak pikat sepupu aku yang datang bercuti kat rumah aku.”
Sebaik Niza habis bercerita Nurul Amira ketawa besar.
“Kau ketawakan aku Mira?.” Niza mencebikkan bibirnya.
“Sorry Za. Aku tak dapat tahan. Apa sal sampai kesitu kau
fikir?. Atau kau ni memang ada hati kat Ed tu yea?.”
Merah padam muka Niza bila Nurul Amira menyoalnya. Iysss….malunya.
Memang aku suka dengan dia. Biarpun dia cubby dan kulit ala-ala mendung sikit,
Tapi bila hati sudah suka. Semuanya nampak cerah dan slim. Omel Niza pada
dirinya sendiri.
“Asal kau tak cakap kat dia yang kau suka kat dia?.”
“Tak naklah aku. Berebut dengan sepupu sendiri buat apa.
Ramai lagi lelaki macho kat luar tu. Niza mempertahankan ego seorang wanita.
“Hampeh….”
Nurul Amira tergelak lagi.