Selamat Melayari Laman Simfoni Hanis
Terima Kasih Teman
|
|
|
 |
|
Friday, December 12, 2008
Hari Cuti ke Hari Kerja ????.....
Cuti yang tak rupa macam cuti. Hari ni Hanis cuti, tapi rasa macam tak cuti aje. Hp Hanis selalu berdering. Siapa lagi yang call kalau bukan orang opis yang call. tension aje. Nak rehat-rehatkan kepala otak pun payah. Entah macam manalah 25 haribulan nanti. Hanis plan nak cuti panjang masa tu. 2 Jan nanti baru Hanis nak masuk kerja balik. Harap-harap tak ada lah orang kacau. Hanis bukan nak kemana pun, sekadar nak relax aje. Nak holiday jauh-jauh pun adik Hans dah nak bersalin. Tak sabar rasanya nak dapat anak buah yang baru....
Hari ni selain melayan orang opis, Hanis sempat lagi menulis. Adalah idea nak menulis....hehehe......Tapi ni masih masih diperingkat permulaan lagi. manuskrip yg ke-2 masih lagi belum ada perkembangan yan terbaru. Pihak penerbit masih meneliti lagi. Harap-harap tak ada masalahlah. Hanis tak sabar nak tunggu novel ke-2 Hanis dilancarkan.
Posted at 05:26 pm by HaNis
Permalink
Thursday, December 11, 2008
Hari ni seperti yang diketahui negeri Selangor cuti sempena hari keputeraan Sultan Selangor. Tapi Hanis hari ni bercuti hanya 50% dan 50% lagi bekerja. Tu yang boring giler ni. Semalam sebelum nak balik tiba-tiba dia org kata drawing untuk projek tender kena review balik. Hangin satu badan Hanis dibuatnya. Dah lah tu pulak nak ari Jumaat ni. Kalau Hanis tak cuti Hanis ok lagi. Tapi masalahnya esok (Jumaat) Hanis dah apply cuti. Jadi nak tak nak Hanis kena siapkan drawing tu hari ni kat umah. Geram betullah......
Posted at 10:09 pm by HaNis
Permalink
Sunday, November 30, 2008
Wow!!!.....hampir 9 bulan Hanis menyepi dari mencoretkan sesuatu disini. Bukan dipinta....namun tuntutan kerja yang menimbun membataskan jemari ini untuk mengetuk keyboard yang terbiar sepi buat seketika. Banyak peristiwa yang tidak dapat Hanis coretkan seperti percutian ke sungkai dan perlumbaan A1GP yang berlangsung di Sepang baru-baru ini. Insya-Allah bila berpeluang nanti Hanis akan titipkan beberapa foto disini nanti.
Almaklumlah bila tirai 2008 hampir berlabuh, department Hanis sentiasa sibuk. Kadang2 terasa tak menang tangan untuk menyiapkan semua projek. Cuti tahun yang berlambak ni pun tak tahu bila tahun boleh dihabiskan. Kalau boleh sebelum cuti raya korban yang akan menjelang tak lama lagi, Hanis target untuk menyiapkan 80% kerja. Selebihnya selepas kembali dari cuti.
Sayonara dari Hanis.....
Posted at 09:34 pm by HaNis
Permalink
Wednesday, February 20, 2008
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena baya r, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiranē, krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
AND FIN ALL Y ........ "Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"
Posted at 03:28 pm by HaNis
Permalink
Baru2 ni Hanis menerima e-mail bertajuk rahsia tarikh lahir. Menarik untuk dibaca. Semoga terhibur bila membacanya.
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi nombor lahirnya ialah 1)
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley, purnama17
Posted at 03:13 pm by HaNis
Permalink
|
|
|